"My dedication in beads embroidery"

By: pepari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 19-Sep-2010 16:25 Email | Share | Bookmark
Sekadar Mencuci Mata...

Insyaallah saya akan hantar semua baju yg ada pada saya by this month or early Oktober. Minta maaf kalau ada yang terlambat.

Sekadar berkongsi rasa saya pada yang lain.

Tanyalah pada sesiapa pun, menjahit manik perlukan tahap kesabaran yg agak tinggi. Duduk berjam-jam kadang melewati jauh malam hingga ada yg bawa ke pagi hanya untuk menyiapkan jahitan manik. Tiada mesin yg digunakan. Semua nya manual. Kadang ada yang bawa kepada sakit belakang kerana asyik membongkok mengadap manik dan baju. Paling kurang sehelai baju dapat disiapkan pada 2-3 hari, bergantung pada design nya. Itupun kalau kesihatannya baik.

Kadang pening sedikit pun mengganggu penglihatan untuk teruskan jahitan. Sudahnya, rugi satu hari. Lain ceritanya kalau mood swing datang. Boleh berjangkit berhari-hari baju tidak disentuh.

Bukan mudah nak menyusun manik yg halus, menyusup benang ke dalam jarum. Kalau tidak percaya mintalah kit jahitan daripada saya.

Duduk yang lama kadang sakit pinggang pun datang bukan kepalang. Kadang berjangkit pula ke mata bawa ke kepala. Almaklumlah, terlalu fokus pada benda yg halus dalam jangka masa yg lama. Manalah urat mata tak tegang. Manalah nak tahan urat pinggang. Mereka pun stress. Dikerah tenaga siang malam.

Tapi kadang ada yg seperti menidakkan perkara di atas. Membandingkan harga. Sekiranya berpatutan tidak mengapa, tapi berpada-padalah pada saya. Janganlah terlalu rendah untuk nilainya kami ini. Bukan minta banyak, tapi cukup sekadar memadai dgn harga masa dan apa yg dilalui..

Tapi dalam masa yg sama, janganlah pula suka buat spekilasi. Kalau kabus terus lah bertanya. Tidak ada salahnya. Jangan dijaja harga seseorang tanpa usul periksa. Jangan pula yg meminta menjaja harga yg sama pada orang lain. Kadang, jenis baju berbeza, jenis dan teknik jahitan berbeza. Sebab itu saya tidak suka untuk terus letak kan harga. Pendekatannya mudah. Berikan sahaja range harga. Kalau mahu teruskan, kalau senyap kita faham.

Bila sebut pasal jenis baju, saya suka tegaskan bahawa material baju memainkan peranan penting juga. Contohnya mudah, Crumble yang berat tidak sesuai untuk cik shiffon yang memang lemah gemalai orang nya. Ada yang menambah, kain keras kan ada. Tapi bila dah tambah kain keras, dah tak jadi Crumble... sebabnya? Manik mengeras sama. Kejung macam tak bernyawa. Tapi kalau didesak, terpaksa juga ikutkan. Mula lah prosesnya agak renyah. Perlukan lebih perhatian, silap pandang tertarik. Silap tarik, terkoyak.

Harap juga jgn terlalu mendesak. Kalau ditolak ertinya adalah sebabnya. Kita tidak tahu apa masalah orang lain. Perumpamaannya mudah. Kita mudah simpati pada mereka yg sakit berbalut tangan, berbalut kaki, patah riuk, Nampak fizikalnya yg sakit. Tapi sakit yg kita tidak nampak ni susah nak digambarkan. Fizikalnya nampak sihat. Tiada cacat cela. Tapi kadang kita tak tau, apa yg sakit di dalamnya. Mungkin juga nampak sihat, jalan seperti biasa, tapi menangung sakit siapa yang tahu? Jawabnya, senyum sajalah labu.......

Bukan mengeluh, tapi sekadar meluahkan supaya tidak ada prejudis. Sakit prejudis ni bahaya. Kadang bawa derita.

Sebenarnya nak berkongsi rasa, saya tahu ramai dah berkata tentang harga saya. Subhanallah... Maha Suci Allah. Kalau lah betul seperti yg dikata, saya tersenyum bahagia... Kalau betul lah seperti yg dikatakan, tertanya juga saya, berapa ramai yg sanggup? Anda sanggup???

Maaf kalau ada yang terasa... sekadar coretan rasa saya sahaja....







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net