"My dedication in beads embroidery"

By: pepari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Mar-2010 09:18 Email | Share | Bookmark
Kelas Jahitan Crumble?

Salam,

Ramai yang bertanya. Tapi rasa nya saya belum cukup arif lagi. Buat juga, setakat kecil kecilan. Tetapi saya banyak adakan tutorial 1 to 1 secara online. Banyak soalan ditanya melalui email. Kalau yang rajin ada yang sanggup hantar gambar untuk dikomen. Kalau tak setakat bertanya soalan, lepas ni macam mana? Nak susun macam mana? Nak pilih color macam mana? Kadang saya yang pening nak terangkan dengan ayat yang mudah.. Ada juga yang berwebcam.. Jangan mare!!

Bila difikirkan semula, kalaulah saya terbuka hati ingin berkecimpung dengan dunia kelas manik ni.. Terutamanya "Crumble", saya masih tak jumpa apa yang perlu saya ajarkan? Basicnya sama seperti manik tabur. Cuma mungkin diselang seli dengan jahitan basic yang lain. Mungkin perlu ditekankan kombinasi warna, tetapi itu tetap subjektif. Mungkin pada pandangan saya pilihan warna yang saya pilih amat cantik, tetapi tidak di mata anda.

Bagaimana pula dengan caj yang perlu dikenakan? Semestinya perlu berpatutan dengan wang yang dikeluarkan dengan ilmu yang diberikan. Tetapi saya masih ragu kerana dalam design "Crumble" anda perlukan sedikit kreativiti yang mana adalah sangat subjektif. Mungkin di akhir kelas nanti ramai pula yang tidak puas hati. Nama saya juga yang akan dijaja nanti kan? Susah juga nak ajar sudut kreativiti ni. Perlu di asah, bukan sekali dua kita akan mahir. Kadang bakat semulajadi, ada yang perlu diasah. Perlu dilatih. Saya? Mungkin sejak azali saya sukakan seni. Mungkin berkat menconteng dari kecil kot? Haha..

Nanti lah, kalau saya terbuka hati, mungkin saya tunaikan permintaan yang ada. Kalau anda ada cadangan dan idea yang bernas boleh lah kongsi bersama. Jangan malu jangan segan...... Kongsi lah ya?



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net