"My dedication in beads embroidery"

By: pepari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-Oct-2009 10:06 Email | Share | Bookmark
Sejuta kemaafan... Satu pengertian...

Dear Frens,

Million apologies for;

1. Not answering your SMS/email/phone call..
2. Not updating anything here..
3. Not meeting up with you (you know who you are)
4. Being silence.... without any news

Thanks for;

1. Your concern..
2. Your wishes..
3. Your sympathy..
4. Your patience..
5. Your prayers..

Frens,
Hidup kita ni kadang di atas, kadang di bawah.. Saya boleh kata kan hidup saya untuk beberapa bulan yg lepas was the hardest. Tak pernah terfikir dalam seumur hidup saya jadi sebegini rupa.

Mungkin ramai yang tertanya kenapa? Tak banyak yang saya boleh kongsikan kerana masih dalam proses pemulihan. Untuk menjawab segala pertanyaan, mungkin cukup saya ceritakan saya mengalami satu saat yg mana saya rasa saya seperti sihat dari segi fizikal tetapi rupanya semangat saya telah hilang terbang melayang.. Tidak disedari bila, tetapi sehingga seseorang marasakan kelainan pada diri saya. Punca? Hasad dengki? Mungkin... Saya tak berani nak menuduh atau berprasangka buruk.. Bukan memberi alasan, tapi mungkin ramai yang tak percaya. Jadi tidak perlu diceritakan secara terperinci.

Bukan minta simpati, tetapi mengharapkan pengertian. Dan juga peringatan sesama kita. Dalam kehidupan ini, dalam pada kita berbaik sangka dan berbudi bahasa dengan semua, tapi ada yg bertalam dua muka. Ada yang hati tidak secantik rupa. Jadi saya rasa perkongsian cerita saya sebenarnya adalah untuk memberi penjelasan dan juga sebagai peringatan.

Alhamdulillah, semangat kembali pulih. Kembali seperti biasa, dan mungkin juga sebab itu saya berani menulis di sini walaupun ada yg menasihatkan untuk tidak bercerita apa terjadi sebenarnya. Bukan apa sebagai tujuan mengelakkan prasangka menjadi buruk.

Sekali lagi, jutaan kemaafan saya pohon. Terutamanya kepada mereka yg ada menghubungi saya. Bagi saya masa untuk hubungi semula setiap orang. Doakan kekuatan saya. Saya juga mendoakan agar anda semua terlindung dari segala hasad dengki, segala kejahatan dan semoga dipelihara dan dilindungi oleh Allah yg maha ESA.

Buat masa sekarang, saya tidak bersedia untuk menerima sebarang tempahan baru. Saya akan membuka tempahan semula November nanti. Tetapi tempahan adalah terhad kerana saya mahu menyesuaikan diri terlebih dahulu. Dan mungkin saya akan fokus pada kelas jahitan manik dahulu.
Semua tempahan sebelum ini memang telah saya siap kan. Saya akan hubungi satu persatu untuk proses penyerahan. Sekali lagi saya pohon maaf sekiranya perilaku saya telah mendatang kan kesulitan dan kesusahan kepada semua.

Saya akan update projek raya yg mana tak sempat dikongsi. Terima kasih kepada yg bertanya dan menunggu dengan sabar. Saya terharu... Semoga kita dipermudahkan laluannya dan semoga kita sama-sama peroleh kesejahteraan dan keredhaanNya.

Amin....


Regards,

Pepari

Enjoy this preview;



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net