"My dedication in beads embroidery"

By: pepari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 11-Mar-2010 07:20 Email | Share | | Bookmark
Early 30 Crisis??

Masuk hari ini genap 4 minggu saya menahan sakit gigi. Mula di bahagian geraham atas.. selang seminggu melarat ke geraham kanan bawah pula. Rupanya masih ada si bongsu yang mahu keluar.. Tapi sebab dah nak dekat pengujung 20an ni kan (nak gak ngaku muda hehehe)... bongsu ni segan malu nak kuar... Padah nya? Telan la pain killer menahan bengkak dan sakit.. Yang pelik nya dah telan ubat dah 3 kali jumpa dentist pun bengkak still tak hilang gak... Finally, doc cakap kena buat surgery remove si bongsu.. Adoi.... saya dapat imagine sakit macam mana.. .

Minggu lepas saya agak kelewatan tidur. Kalau dapat tidur awal pun mata macam disengkang tak boleh nak lelap. Puas bergolek. Padah nya saya berjaga dan berjaga sampai akhirnya badan saya tak boleh terima. Menggigil rupanya badan saya tak boleh terima.. Padah nya? Saya buat satu kesalahan yang bodoh dan juga amat saya tak boleh terima.. Instead of sending a parcel to Seremban, i sent to Serawak... Instead of post to Serawak, I sent the parcel to myself!!!!!!!! I still cant believe it... Apa gile nak hantar parcel kat diri sendiri? Tak pernah orang buat ok??? And tak kelakar jugak..

Otak tengah fikir pasal ape lah agak nya masa saya post kan parcel tu? Sampai mamat kat kaunter tu gelak kan saya.. Dalam kemarahan dengan kebodohan sendiri saya pun sempat gelak. Itu pun nasib baik ada krew RTM datang buat shooting masa tu.. Dan nasib ko comel la adik kaunter hehehe... (sempat...)

Itu lah dia.. Sekarang saya dah jumpa doctor. Adalah gula-gula yang dibekalkan.. Harap nya tak jadi lagi la lepas ni... So dok tanya kat diri sendiri.. Ni kira krisis nak masuk 30 ke? Erkkkkk..............

Masih dalam proses memaafkan diri sendiri....


Alamak.. gambar tak boleh upload pulak.. Nanti saya share kan ya..

Salam..


Friday, 5-Mar-2010 18:04 Email | Share | | Bookmark
Alih Angin....

Salam...

Hampir sekian lama di fotopages, saya ingin buat pengumuman PepariDsign kini sudah punya blog sendiri. Akhirnya..

Sekian lama hasrat di hati ditangguh, akhirnya mengorak langkah ke alam blog.

Saya harap rakan taulan sahabat handai juga dapat luangkan masa di blog saya yang baru. Sudi-sudi kan lah.....

http://peparidsign.blogspot.com



Trimas!!


Tuesday, 2-Mar-2010 09:18 Email | Share | | Bookmark
Kelas Jahitan Crumble?

Salam,

Ramai yang bertanya. Tapi rasa nya saya belum cukup arif lagi. Buat juga, setakat kecil kecilan. Tetapi saya banyak adakan tutorial 1 to 1 secara online. Banyak soalan ditanya melalui email. Kalau yang rajin ada yang sanggup hantar gambar untuk dikomen. Kalau tak setakat bertanya soalan, lepas ni macam mana? Nak susun macam mana? Nak pilih color macam mana? Kadang saya yang pening nak terangkan dengan ayat yang mudah.. Ada juga yang berwebcam.. Jangan mare!!

Bila difikirkan semula, kalaulah saya terbuka hati ingin berkecimpung dengan dunia kelas manik ni.. Terutamanya "Crumble", saya masih tak jumpa apa yang perlu saya ajarkan? Basicnya sama seperti manik tabur. Cuma mungkin diselang seli dengan jahitan basic yang lain. Mungkin perlu ditekankan kombinasi warna, tetapi itu tetap subjektif. Mungkin pada pandangan saya pilihan warna yang saya pilih amat cantik, tetapi tidak di mata anda.

Bagaimana pula dengan caj yang perlu dikenakan? Semestinya perlu berpatutan dengan wang yang dikeluarkan dengan ilmu yang diberikan. Tetapi saya masih ragu kerana dalam design "Crumble" anda perlukan sedikit kreativiti yang mana adalah sangat subjektif. Mungkin di akhir kelas nanti ramai pula yang tidak puas hati. Nama saya juga yang akan dijaja nanti kan? Susah juga nak ajar sudut kreativiti ni. Perlu di asah, bukan sekali dua kita akan mahir. Kadang bakat semulajadi, ada yang perlu diasah. Perlu dilatih. Saya? Mungkin sejak azali saya sukakan seni. Mungkin berkat menconteng dari kecil kot? Haha..

Nanti lah, kalau saya terbuka hati, mungkin saya tunaikan permintaan yang ada. Kalau anda ada cadangan dan idea yang bernas boleh lah kongsi bersama. Jangan malu jangan segan...... Kongsi lah ya?



Thursday, 25-Feb-2010 12:42 Email | Share | | Bookmark
Collection 12'2010 - Batilda

Finally..

Recently saya banyak buat sketch new design for 2010 collection. I want something original from my own. Saya selagi boleh mahukan yang baru. Terima kasih kepada semua atas sokongan anda pada "Crumble". Tak sangka rupanya penerimaan dari kalangan beader dan peminat manik terhadap "Crumble" begitu memberangsangkan.

Kali ini saya namakan Batilda. Kalau konsep design "Crumble" berasaskan manik tabur, "Batilda" pula lebih kepada asas kerawang. Yang betul2 original dalam Batilda so far adalah hasil nukilan daun tu je ... Yg lelain saya gabungkan dgn konsep basic yg lain dalam jahitan manik. Rasa nya so far belum lagi saya ternampak bentuk daun seperti yg saya hasilkan, tetapi kalau lah sekiranya ada, saya minta maaf terlebih dahulu. Sebab saya memang hasilkan daun ni daripada hasil imagination dan observation saya... Lagi pula saya kurang meninjau sejak 2 menjak ni..

Masih dalam proses menghaluskan design Batilda ni.. Cuma yg boleh saya katakan, design seperti ni buat nya lagi rumit dibandingkan Crumble. Nampak senang sbb hanya perlu lakar kan atas kain dan jahit kan manik. Tetapi, nak hasilkan kerawang yg cantik dan tidak lari dari biku nya, amat seksa. Belum lagi nak imbangkan kiri dan kanan... Tambahan pula saya gabungkan Crumble dan Batilda dalam design yg baru ni. Jenuh nak belek placing manik tu betul ke tak..

Oleh kerana masih banyak yg perlu diperhalusi, jadi kita tgk gambar je la ye. Gambar pun tak bape cantik sbb keadaan tak meng izinkan masa tu. Nanti ada masa saya share kan yg cantik sket.

Enjoy!!


Batilda


Yg original nya lakaran daun tu je hehe...tu pun nak kecoh kan?





Friday, 19-Feb-2010 12:11 Email | Share | | Bookmark
Collection 12'2010

"Basic Crumble"

For those yg ada bertanyakan macam mana upanye basic Crumble tu??? Ha cam ni la lebih kurang.. So hopefully dapat the idea ye...

Enjoy!!





[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net