"My dedication in beads embroidery"

By: pepari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 24-Sep-2010 02:27 Email | Share | | Bookmark
Kelas Perintis Crumble - Putrajaya

Salam,

Insyaallah, 16 & 17 October saya akan adakan kelas di Putrajaya. Tempat akan diberitahu kemudian.

Saya ingin buat survey di sini, boleh tak kawan2 semua utarakan antara soalan2 yg kawan2 ingin bertanyakan tentang Crumble? Tapi semua soalan tu saya harap dapat di email kan ke email perintiscrumble@gmail.com untuk memudah kan saya mengumpul semua soalan dan menyediakan jawapan. Tujuan saya untuk memahami sejauh mana pemahaman ataupun penerimaan terhadap design Crumble. Its just to gap my expectation and also ur expectation.

Lagi satu, mungkin saya yg silap tak beritahu cara2 bagaimana nak sertai kelas saya ni.. sebab nya, ada yg dah bank in deposit baru bagitau nak join.. alahai.. jgn begitu ya, minta kerjasama untuk bertanyakan slot terlebih dahulu dan kemudian barulah deposit dibayar..sebabnya kalau ada slot lagi tak jadi masalah, buatnya dah penuh nanti sian plak..... kena refund jawabnya...

So, to mitigate the problem, please find the approach of how to join my Perintis Crumble Class;

1. You may ask the empty slot to me via SMS or email to perintiscrumble@gmail.com
2. Then I will inform you whether there is available seat for you.
3. Then only, you pay the deposit to my Maybank acc: 164258350817 (Umi Kalsum
Adnan). However in the case of many people asking the same slot at one time,
then I will go for those yg bayar deposit dulu.
4. You will receive notification email or SMS from me to confirm your seat.

I hope this clear the mess ya... Sorry coz i overlook of the process.... Your cooperation is highly appreciated.

Thank you!!






Thursday, 23-Sep-2010 08:58 Email | Share | | Bookmark
PPC Update

Salam All,

Thanks for your support for my class...

Please be informed that class on 2nd October already full, but 3rd October is still available.

Next class: 16th & 17th October 2010 (Saturday & Sunday)
Venue: Insya'allah di Putrajaya/Cyberjaya

So kawan2 yg berdekatan di Bangi, Kajang, Nilai are most welcome...

TQ


Tuesday, 21-Sep-2010 19:52 Email | Share | | Bookmark
Kelas Manik Crumble

Tersenyum saya seorang diri bila ramai menanyakan bila nak buat kelas Crumble selepas saja saya buat entry Program Perintis Crumble..

Kalau nak tau, itulah dia kelas manik saya!!
Kenapa panggil Perintis Crumble? Sebab saya mahukan mereka yg sudi datang kelas ini akan jadi perintis kepada design Crumble. Mana tau lepas ni ada design baru tercetus dari Crumble. Jadi suka saya namakan kelas manik saya ini sebagai Program Perintis Crumble... Harap semua jelas ya..

Oleh kerana mahu menjaga kualiti, saya tidak akan ambil ramai peserta untuk Perintis Crumble 2 Oktober ni.. Tapi atas permintaan, insyaallah saya akan buat juga pada 3 Oktober masa yg sama. So update of my Program Perintis Crumble (PPC) are as follows;

Date: 2 & 3 Oktober 2010 (Sabtu & Ahad)
Time: 10 am - 4pm
Venue: Avilla Apartment, Bandar Puchong Jaya
Fee: RM200
Module: Basic & Enhancement Crumble


To confirm your reservation, it is highly appreciated if you can deposit 50% of the fee to my Maybank acc 164258350817 (Umi Kalsum Adnan). Please inform me once payment made either via SMS to 0133421156 or email to perintiscrumble@gmail.com
so that I can sort out the names accordingly.

Untuk urusan kelas manik selepas ini, sila email saya di perintiscrumble@gmail.com untuk memudahkan sebarang urusan pendaftaran dan pertanyaan. Kerjasama kawan2 semua amat dihargai.

Saya juga akan adakan kelas di Putrajaya pertengahan Oktober, details akan saya umumkan kemudian. Kalau ada yg berminat, sudi2 kan lah..

Enjoy!





Sunday, 19-Sep-2010 16:25 Email | Share | | Bookmark
Sekadar Mencuci Mata...

Insyaallah saya akan hantar semua baju yg ada pada saya by this month or early Oktober. Minta maaf kalau ada yang terlambat.

Sekadar berkongsi rasa saya pada yang lain.

Tanyalah pada sesiapa pun, menjahit manik perlukan tahap kesabaran yg agak tinggi. Duduk berjam-jam kadang melewati jauh malam hingga ada yg bawa ke pagi hanya untuk menyiapkan jahitan manik. Tiada mesin yg digunakan. Semua nya manual. Kadang ada yang bawa kepada sakit belakang kerana asyik membongkok mengadap manik dan baju. Paling kurang sehelai baju dapat disiapkan pada 2-3 hari, bergantung pada design nya. Itupun kalau kesihatannya baik.

Kadang pening sedikit pun mengganggu penglihatan untuk teruskan jahitan. Sudahnya, rugi satu hari. Lain ceritanya kalau mood swing datang. Boleh berjangkit berhari-hari baju tidak disentuh.

Bukan mudah nak menyusun manik yg halus, menyusup benang ke dalam jarum. Kalau tidak percaya mintalah kit jahitan daripada saya.

Duduk yang lama kadang sakit pinggang pun datang bukan kepalang. Kadang berjangkit pula ke mata bawa ke kepala. Almaklumlah, terlalu fokus pada benda yg halus dalam jangka masa yg lama. Manalah urat mata tak tegang. Manalah nak tahan urat pinggang. Mereka pun stress. Dikerah tenaga siang malam.

Tapi kadang ada yg seperti menidakkan perkara di atas. Membandingkan harga. Sekiranya berpatutan tidak mengapa, tapi berpada-padalah pada saya. Janganlah terlalu rendah untuk nilainya kami ini. Bukan minta banyak, tapi cukup sekadar memadai dgn harga masa dan apa yg dilalui..

Tapi dalam masa yg sama, janganlah pula suka buat spekilasi. Kalau kabus terus lah bertanya. Tidak ada salahnya. Jangan dijaja harga seseorang tanpa usul periksa. Jangan pula yg meminta menjaja harga yg sama pada orang lain. Kadang, jenis baju berbeza, jenis dan teknik jahitan berbeza. Sebab itu saya tidak suka untuk terus letak kan harga. Pendekatannya mudah. Berikan sahaja range harga. Kalau mahu teruskan, kalau senyap kita faham.

Bila sebut pasal jenis baju, saya suka tegaskan bahawa material baju memainkan peranan penting juga. Contohnya mudah, Crumble yang berat tidak sesuai untuk cik shiffon yang memang lemah gemalai orang nya. Ada yang menambah, kain keras kan ada. Tapi bila dah tambah kain keras, dah tak jadi Crumble... sebabnya? Manik mengeras sama. Kejung macam tak bernyawa. Tapi kalau didesak, terpaksa juga ikutkan. Mula lah prosesnya agak renyah. Perlukan lebih perhatian, silap pandang tertarik. Silap tarik, terkoyak.

Harap juga jgn terlalu mendesak. Kalau ditolak ertinya adalah sebabnya. Kita tidak tahu apa masalah orang lain. Perumpamaannya mudah. Kita mudah simpati pada mereka yg sakit berbalut tangan, berbalut kaki, patah riuk, Nampak fizikalnya yg sakit. Tapi sakit yg kita tidak nampak ni susah nak digambarkan. Fizikalnya nampak sihat. Tiada cacat cela. Tapi kadang kita tak tau, apa yg sakit di dalamnya. Mungkin juga nampak sihat, jalan seperti biasa, tapi menangung sakit siapa yang tahu? Jawabnya, senyum sajalah labu.......

Bukan mengeluh, tapi sekadar meluahkan supaya tidak ada prejudis. Sakit prejudis ni bahaya. Kadang bawa derita.

Sebenarnya nak berkongsi rasa, saya tahu ramai dah berkata tentang harga saya. Subhanallah... Maha Suci Allah. Kalau lah betul seperti yg dikata, saya tersenyum bahagia... Kalau betul lah seperti yg dikatakan, tertanya juga saya, berapa ramai yg sanggup? Anda sanggup???

Maaf kalau ada yang terasa... sekadar coretan rasa saya sahaja....







Sunday, 19-Sep-2010 16:11 Email | Share | | Bookmark
Program "Perintis Kristal"

Salam Syawal semua...

Mohon maaf kalau ada salah silap. Saya dah lama abaikan FP ni atas sebab yang tak dapat dielakkan. Terima kasih pada yg masih setia mengunjung dan bertanya khabar. Saya hargai sokongan teman semua.

Alhamdulillah keadaan semakin tenang. Jadi kini saya mula kembali dengan dunia manik. Tempahan juga dibuka seperti biasa selepas ini,

Insyaallah kalau diizinkan, kelas manik saya yang lebih formal atau saya namakan Program Perintis Crumble akan diadakan di Bandar Puchong Jaya pada 2 Oktober ini. Pada yang berminat kesudian anda semua amat dialukan. Insyaallah saya akan kongsikan bersama tips bagaimana basic Crumble dan olahannya. Tak lupa juga tips yang mungkin anda tak perolehi dari tempat lain. Kalau ada yang bertanya kenapa dengan saya? Mungkin jawapan saya mudah, kerana saya sememangnya pengasas design Crumble.


Details information of Program Perintis Crumble;
Date: 2 Oktober 2010 Location: Bandar Puchong Jaya
Time: 10 am - 4pm
Fee: RM200
Module: Basic & Combination Crumble and matching the COLORS

Special discount for early bird!!

For details, kindly SMS to 013-3421156 or email to pepari@gmail.com or find me at FB.

Saya hargai segala sokongan yang ada. Terima kasih yang tak terhingga....


Till then,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.....





[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net